Followers

Friday, April 25, 2014

its time for manja2


eh tajuk tak bole blah. manja2 ? apa yang manja2 ? aish lain macam je bunyinya nie, sejak menjak nak kahwin nie makin lain macm pulak dia punye gatal tu... ikhs !

bukan manja2 tuu laaa.. kan dah cakap kita nak kahwin dah, soo kita nak la manja2 kan badan kita nie. kasi segar bugar cikit. baru nampk fresshh xlah xbermaya je. cik tunang pun malas nak tengok.

dah lame da kita survey spa Seseri Suri nie. harga bole tahan, tak mahal tak murah.. pakej pun menawan tertawan youu... rugi tak pi.. hari ini kita amek pakej RM88 facial sekali dengan lulur badan. fuhh best !

spa dia mmg cantik. naik je tingkat atas dah rase tenang. 
datang berdua dengan kawan. oppss bukn tunang okeyh. di ulangi k.a.w.a.n .. hikhikhk.. mula2 buat facil dulu. lepas tu lulur badan. mak aih bestnya lah ada orang picit2 kaki badan kita.

facial dan lulur selama 2 jam 30 minit. berbaloi sebab memang rase sangat fresh. muka pun xmerah2 lepas kena picit buang blackhead.. so next month ada lagi janji temu dengn cik puan seseri suri.. nanti nk buat untuk bangkit seri pengntin. fuhhh..


nie la kawan peneman kita.
bakal jadi isteri orang jugak sama tarikh dengan kita..
theme pon lebih kurang je dengan kita. hikhik




Wednesday, April 23, 2014

cuba jadi diri sendiri !


rata2 sahabat kawan teman girlfriend sekutu dan seangkatannya gemar sangat2 bermuka2 depan sahabatnya yang lain. bukan sekali bukan dua kali malah tak cukup jari nak hitung. how ?

im sorry. ini bukn tujuan untuk tunding jari pada sesiapa. just dah lame perasan, hati nie dah menggelegak tengok reaksi yng kononya baik didepan tapi dibelakang Allah saja yang tahu. saya manusia yang tak sempurna, banyak khilafnya, but im try to be a good person. im sorry kalu banyak sangat silap saya pada kalian. tapi saya mohon jangan hipokrit dengan saya. itu lebih menyakitkan dari berterus terang *crying






cuba jadi diri sendiri. kalau tak suka saya. jngan bermuka2 jangan hipokrit. jadi diri sendiri. cakap saja apa yang terpendam. kau tahu, kalau kau berterusan macam tu, kau hanya menambah dosa.  kenapa ? cuba fikir sejenak.

kau tak suka saya, kau umpat kisah saya pada yang lain. bukankah itu mencipta dosa ?
kau menyampah dengan saya, tapi kau still berkawan cume kau sering bermuka2 depan kau manis belakang **** . mungkin kau tak umpat pada yang lain, tapi kau mengutuk dalam hati, tak ke ia mengundang kepada dosa?

fikirlah baik2. saya pun bukan orang yang baik. bukan sahabat yang baik. saya tak kesah siapa nak pergi jauh dari saya. tapi saya mohon once you go please dont ever2 come back..

#wassalam. selamat membaca !


Tuesday, April 22, 2014

Dear gurl2


assalamualaikum.. 
ramai yang runsing kenapa jodoh belum sampai, ramai yang iri hati kenapa aku tak ada boyfie, aku pun nak bercinta macam orang lain jugak. kalau duduk kat stesen bus, mesti ada couple duduk dekat2 gurau2. aku cemburu. aku nak jugak ada boyfie yang sanggup susah payah datang bawak makanan time2 tengah malam, kita nak jugak ada boyfie yang selalu amik berat pasal kita, setiap pagi call kita, selalu ungkap kata cinta pada kita setiap pagi petang siang malam, kita nak !! kita nak boyfie kita bawak g jenjalan bawak shopping bawak tengok wayang. kita nak boyfie pujuk bila kita merajuk, kita nak boyfie kita bawak bunga dengan cokolate, kita nak celebrate bfday dgn boyfie.. semua yang sweet2 kita nak.. 

"sayang sihat, sayang nak makan apa, nanti abang belikan untuk sayang ye."
"abang rindu sangat kat sayang, i love hunny bunny" 

wahai wanita diluar sana. 
kenapa nak cemburu bila tengok couple berpelukan berpegangan tangan bergurauan mesra tanpa sebarang ikatan. sepatutnya ada bersyukur tiada boyfie, sebab yang pasti bila anda ada boyfie sudah terang xperlu suluh anda akan buat seperti di atas kan. am i rite ?
yes off course. sebab sifat kita ingin dibelai. 

sedarkah wahai wanita single.
Allah lebih sayangkan mu, sebab itu Allah xberikan mu boyfie hari ini. tak usah gusar xada boyfie. kerana yang pasti kit punyai Allah yang sentiasa ada saat susah senang.




"Jika tiada teman lelaki, bersyukurlah wahai wanita. Kerana Allah amat menyayangimu dan mahu menjaga kehormatanmu. Percayalah, pasti Allah akan berikan yang terbaik buat dirimu"


#wassalam. selamat membaca !




Monday, April 21, 2014

I'm hOme !!








Im home !!

oh home sweet home eh tak tak .. rumah manis rumah.. *eh ape aku merepek nie.  usang gilos blog nie kan, punye la lame tak update. macam sibuk sangat kan. hari nie entah mane datangnya mood nak update belog nie, ritu rasanya mood nak delete je blog nie. haish how ? nak biarkan je or delete ?

tapi bila fikirkan, buat apa nak delete. bukan buat dosa pun. bukan share or buat gosip2 liar pun. so i thing why dont i just keep it and start share our life. suka duka happy moments with orang sekeliling kita.. 

share benda baik, kita pun dapat kebaikan kan.