Followers

Sunday, April 17, 2011

risiko buah pinggang


Tahukan anda, penyakit buah pinggang boleh menyebabkan penyakit jantung? mungkin ramai yang meragui tapi itulah risiko yang akan dihadapi oleh pesakit  buah pinggang.

Penyakit buah pinggang atau ginjal sebenarnya berpotensi membuka ruang kepada penyakit jantung bertapak dalam badan dan menjadikan sistem kardiovaskular porak peranda.

Bukan hanya penyakit jantung, mereka turut berpeluang menghidapi serangan angin ahmar dan penyakit koronari yang juga tergolong dalam penyakit kardiovaskular.


Jika dikaji kembali, pesakit kedua-dua penyakit ini terdedah kepada risiko sama iaitu berdepan dengan penyakit diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol tinggi.  maka tidak hairan lah kalau ia berkaitan antara satu sama lain.

Selain itu, penyakit ginjal memberi kesan kesihatan negatif yang menjadikan kualiti hidup menurun dan meningkatkan kadar kematian.

Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL). Datuk DR Ghazali Ahmad berkata "lebih 500 juta orang dewasa atau satu bagi setiap 10 penduduk dunia menghidapi masalah ginjal kronik".  Di negara ini lebih 15,000 individu menerima rawatan dialisis akibat kegagalan ginjal dan setiap tahun kira-kira 2,500 kes baru penyait itu direkodkan.

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah, terutama saluran darah kecil dan menyebabkan ginjal tidak dapat menapis sisa buangan badan dengan sempurna.  Penyakit buah pinggang terbahagi kepada dua iaitu kronik dan akut (sementara).

Bagi penghidap penyakit ginjal jenis akut, mereka ada harapan pulih sepenuhnya. namun, penghidap kronik mungkin terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis sepanjang hayat melainkan mereka menjalani pembedahan pindahan buah pinggang.

Penyakit ginjal kronik mempunyai lima tahap, yang mana tahap satu hingga empat kerosakan mungkin tidak boleh dielakan tetapi boleh dilengahkan proses itu.  Tahap lima adalah peringkat akhir di mana kerosakan yang tidak boleh dielakkan dan perlu menjalani rawatan dialisis atau pindahan.

Penyakit ginjal perlu dikesan dan dirawat dari peringkat awal dan golongan berisiko perlu menjalani ujian saringan iaitu pemeriksaan air kencing dan tekanan darah kerana kegagalan fungsi ginjal tidak mempunyai tanda awal.

Tanda kerosakan ginjal terbahagi kepada tiga peringkat
Peringkat awal
- Tiada gejala.
- Albumin mikro (protein) dalam air kencing.

Peringkat pertengahan
- Tekanan darah semakin tinggi
- Air kencing berkurangan
- Kurang selera makan
- Pucat (anemia). letih dan tidak bermaya
- Bengkak sederhana pada kaki

Peringkat akhir
- Tiada air kencing
- Sesak nafas
- Bengkak seluruh badan
- Loya dan muntah
- Kejang atau sawan
- Tidak sedarkan diri

Pencegahan penyakit buah pinggang perlu dilakukan lebih awal iaitu dengan mengurangkan pengambilan lemak, garam dan gula dalam pemakanan seharian, amalkanlah pengambilan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

~Jaga pemakanan, Jaga kesihatan, hidup pasti ceria ~