Followers

Sunday, August 21, 2011

;(


 

I know I don't have the PERFECT body or the PERFECT hair 
but
I know I am beautiful in my own unique way !


Friday, August 19, 2011

Paradigma Katak



assalamualaikum u olls .. tak jawab dosa, kalau jawab sayang saya .. :))




comel tak katak nie?? hahaha.comel kan ... tapi story kali nie tak ada kena mengena dengan kecomelan katak nie pun.. ce baca balek tajuk entry kali nie, aku pun tak berapa nak faham dengan perkataan "paradigma" nie.

korang tahu kan, perangai katak nie macam mana, suka melompat, bahkan suka menunggu sehingga saat terakhir barulah nak selamatkan diri, tapi masa tu dah pun terlambat..


nie story sal paradigma katak :

seekor katak telah diletakkan dalam bekas yang berisi air, kemudian air itu dipanaskan, tetapi katak itu masih selesa berehat apabila air menjadi semakin panas, barulah katak itu melompat keluar bagi menyelamatkan dirinya, tetapi malang sekali bila katak itu tak sempat selamatkan diri dan badannya habes melecur ..




Friday, August 12, 2011

assalamualaikum ....<3


Tidak meminta yang SEMPURNA untuk menjadi yang SEMPURNA...


Ya Tuhanku .. 
Aku tidak meminta yang sempurna
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna ..
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMu ..
Seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya ..
Seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya ..
Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya .. 
Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna ...





terima kasih sudi membaca ... (^_^)



Tuesday, August 2, 2011

Masalah bawah lengan ??

assalamualaikum ....<3

10 tip atasi kulit bahagian bawah lengan gelap ... 


  • Sediakan buah lemon dan timun, kemudian perah buah lemon dan ambil airnya.  Potong tiun nipis-nipis kemudian dicampurkan dengan perahan air lemon yang sedia ada.  Kacau hingga rata. Tambahkan sedikit hirisan kunyit ke dalamnya.  Setelah bahan-bahan tersebut bercampur, sapukan pada bahagian bawah lengan selama 20 minit dan kmudian bersihkan ia dengan air suam.

  • Setiap kali selesai mandi, gosokkan pada bahagian bawah lengan dengan campuran air kapur sirih dan perahan limau nipis.  Lakukan secara rutin.

  • Gunakan deodoran yang mengandungi asam "linolenat" dari minyak biji bunga matahari untuk mengurangkan  warna hitam pada bahagian bawah lengan.

  • Gosokan bahagian bawah lengan dengan pelulur badan atau lulur yang mengandungi buah dan pemutih kulit, agar hasil lebih maksimum.

  • Pastikan kamu membersihkan sisa-sisa deodoran atau bedak yang masih terlekat pada bahagian bawah lengan kamu setiap kali mandi.

  • Selesai mandi, keringkan badan kamu menggunakan tuala yang lembut pada bahagian  bawah lengan.  Jangan terlalu kasar menggosok bahagian tersebut.  Ini kerana  ia akan merosakkan lapisan  kulit dan membuat kulit bawah lengan dalam keadaan tertekan.  Hal itu akan merangsang keluarnya peluh yang berlebihan dan lemudiannya berubah warna.

  • Adalah lebih baik jika sekali sekala kamu mengeringkan  bahagian bawah lengan dengan dianginkan sahaja tanpa harus menggosokkannya dengan tuala.  Berbaringlah dengan posisi terlentang dan membuka bahagian bawah lengan sehinggalah ia kering.

  • Setelah kering, pakailah deodoran "antiperspirant" pada bahagian bawah lengan.

  • Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat, terutama di bahagian bawah lengan kerana akan merangsang peluh untuk keuar dan akhirnya ia akan berubah gelap.

  •  Ketika mencukur bulu bahagian bawah lengan, berhati-hatilah. Jangan sampai mencederakan kulit di bahagian tersebut. Ini boleh menjadi salah satu punca bahagian bawah lengan berubah gelap kesan dari bekas luka di kulit.  Segeralah memakai deodoran untuk kulit sensitif selepas becukur.

Terima kasih sudi membaca ............(^_^)