assalamualaikum ....<3
10 tip atasi kulit bahagian bawah lengan gelap ...
- Sediakan buah lemon dan timun, kemudian perah buah lemon dan ambil airnya. Potong tiun nipis-nipis kemudian dicampurkan dengan perahan air lemon yang sedia ada. Kacau hingga rata. Tambahkan sedikit hirisan kunyit ke dalamnya. Setelah bahan-bahan tersebut bercampur, sapukan pada bahagian bawah lengan selama 20 minit dan kmudian bersihkan ia dengan air suam.
- Setiap kali selesai mandi, gosokkan pada bahagian bawah lengan dengan campuran air kapur sirih dan perahan limau nipis. Lakukan secara rutin.
- Gunakan deodoran yang mengandungi asam "linolenat" dari minyak biji bunga matahari untuk mengurangkan warna hitam pada bahagian bawah lengan.
- Gosokan bahagian bawah lengan dengan pelulur badan atau lulur yang mengandungi buah dan pemutih kulit, agar hasil lebih maksimum.
- Pastikan kamu membersihkan sisa-sisa deodoran atau bedak yang masih terlekat pada bahagian bawah lengan kamu setiap kali mandi.
- Selesai mandi, keringkan badan kamu menggunakan tuala yang lembut pada bahagian bawah lengan. Jangan terlalu kasar menggosok bahagian tersebut. Ini kerana ia akan merosakkan lapisan kulit dan membuat kulit bawah lengan dalam keadaan tertekan. Hal itu akan merangsang keluarnya peluh yang berlebihan dan lemudiannya berubah warna.
- Adalah lebih baik jika sekali sekala kamu mengeringkan bahagian bawah lengan dengan dianginkan sahaja tanpa harus menggosokkannya dengan tuala. Berbaringlah dengan posisi terlentang dan membuka bahagian bawah lengan sehinggalah ia kering.
- Setelah kering, pakailah deodoran "antiperspirant" pada bahagian bawah lengan.
- Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat, terutama di bahagian bawah lengan kerana akan merangsang peluh untuk keuar dan akhirnya ia akan berubah gelap.
- Ketika mencukur bulu bahagian bawah lengan, berhati-hatilah. Jangan sampai mencederakan kulit di bahagian tersebut. Ini boleh menjadi salah satu punca bahagian bawah lengan berubah gelap kesan dari bekas luka di kulit. Segeralah memakai deodoran untuk kulit sensitif selepas becukur.
Terima kasih sudi membaca ............(^_^)
No comments:
Post a Comment