Followers

Sunday, September 25, 2011

:: tanda-tanda tidak serasi ::


Mudah berubah hati
Dia terlalu kuat cemburu
Selalu bergaduh
Tidak mahu kawan-kawan anda bersama anda
Dia cuba mengubah anda
Beersikap materialistik

Sunday, August 21, 2011

;(


 

I know I don't have the PERFECT body or the PERFECT hair 
but
I know I am beautiful in my own unique way !


Friday, August 19, 2011

Paradigma Katak



assalamualaikum u olls .. tak jawab dosa, kalau jawab sayang saya .. :))




comel tak katak nie?? hahaha.comel kan ... tapi story kali nie tak ada kena mengena dengan kecomelan katak nie pun.. ce baca balek tajuk entry kali nie, aku pun tak berapa nak faham dengan perkataan "paradigma" nie.

korang tahu kan, perangai katak nie macam mana, suka melompat, bahkan suka menunggu sehingga saat terakhir barulah nak selamatkan diri, tapi masa tu dah pun terlambat..


nie story sal paradigma katak :

seekor katak telah diletakkan dalam bekas yang berisi air, kemudian air itu dipanaskan, tetapi katak itu masih selesa berehat apabila air menjadi semakin panas, barulah katak itu melompat keluar bagi menyelamatkan dirinya, tetapi malang sekali bila katak itu tak sempat selamatkan diri dan badannya habes melecur ..




Friday, August 12, 2011

assalamualaikum ....<3


Tidak meminta yang SEMPURNA untuk menjadi yang SEMPURNA...


Ya Tuhanku .. 
Aku tidak meminta yang sempurna
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna ..
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMu ..
Seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya ..
Seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya ..
Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya .. 
Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna ...





terima kasih sudi membaca ... (^_^)



Tuesday, August 2, 2011

Masalah bawah lengan ??

assalamualaikum ....<3

10 tip atasi kulit bahagian bawah lengan gelap ... 


  • Sediakan buah lemon dan timun, kemudian perah buah lemon dan ambil airnya.  Potong tiun nipis-nipis kemudian dicampurkan dengan perahan air lemon yang sedia ada.  Kacau hingga rata. Tambahkan sedikit hirisan kunyit ke dalamnya.  Setelah bahan-bahan tersebut bercampur, sapukan pada bahagian bawah lengan selama 20 minit dan kmudian bersihkan ia dengan air suam.

  • Setiap kali selesai mandi, gosokkan pada bahagian bawah lengan dengan campuran air kapur sirih dan perahan limau nipis.  Lakukan secara rutin.

  • Gunakan deodoran yang mengandungi asam "linolenat" dari minyak biji bunga matahari untuk mengurangkan  warna hitam pada bahagian bawah lengan.

  • Gosokan bahagian bawah lengan dengan pelulur badan atau lulur yang mengandungi buah dan pemutih kulit, agar hasil lebih maksimum.

  • Pastikan kamu membersihkan sisa-sisa deodoran atau bedak yang masih terlekat pada bahagian bawah lengan kamu setiap kali mandi.

  • Selesai mandi, keringkan badan kamu menggunakan tuala yang lembut pada bahagian  bawah lengan.  Jangan terlalu kasar menggosok bahagian tersebut.  Ini kerana  ia akan merosakkan lapisan  kulit dan membuat kulit bawah lengan dalam keadaan tertekan.  Hal itu akan merangsang keluarnya peluh yang berlebihan dan lemudiannya berubah warna.

  • Adalah lebih baik jika sekali sekala kamu mengeringkan  bahagian bawah lengan dengan dianginkan sahaja tanpa harus menggosokkannya dengan tuala.  Berbaringlah dengan posisi terlentang dan membuka bahagian bawah lengan sehinggalah ia kering.

  • Setelah kering, pakailah deodoran "antiperspirant" pada bahagian bawah lengan.

  • Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat, terutama di bahagian bawah lengan kerana akan merangsang peluh untuk keuar dan akhirnya ia akan berubah gelap.

  •  Ketika mencukur bulu bahagian bawah lengan, berhati-hatilah. Jangan sampai mencederakan kulit di bahagian tersebut. Ini boleh menjadi salah satu punca bahagian bawah lengan berubah gelap kesan dari bekas luka di kulit.  Segeralah memakai deodoran untuk kulit sensitif selepas becukur.

Terima kasih sudi membaca ............(^_^)


Thursday, July 21, 2011

andai aku sudah tiada ~

assalamualaikum ........<3

untuk sahabat yang aku sayangi ....

jika aku tak bangun esok pagi,
sahabatku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku sayangi.

andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

kalau ada yang sudi mengganti,
sahabat lepaskanlah aku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicintai dalam hidup.

sahabat, tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti, 
kasih sayangku akan kekal abadi.

ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi .....


Terima kasih sudi membaca .........(^_^)
                                                                                                                    

                                                                                                         to : izaty, wanie, nadiah, tqah, izah







Friday, June 24, 2011

Petua Untuk Hati ~






assalamualaikum ........<3

        

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

---> Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya   Siti Fatimah.
  • Berdoa - mohonlah kepada - Nya. Ingatlahdoa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. carilah seseorang yang paling anda percaya ( sebaiknya yang ada perlatian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang tersenyum. ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

p/s : sekadar berkongsi (^__^)


Terima kasih sudi membaca ............(^_^)




........

assalamualaikum .......<3






Ciptaan Tuhan itu Indah, 
kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai..

semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik .. InsyaAllah ..


Terima kasih sudi membaca ...........(^_^)

Monday, June 6, 2011

HAPPY BIRTHDAY

assalamualaikum ............<3

tepat pukul 12:00 pagi, 6 Jun 2011...
video ini saya tujukan kepada seorang kawan baek saya .... NURUL ATIQAH BINTI BURATI


dah dengar ke ... hehe
apa-apa pun aku nak ucapkan ....

SELAMAT HARI LAHIR.. SELAMAT ULANG TAHUN .. HAPPY BIRTHDAY ... SANAH HELWAH .. SHENGRI KUAILE .. <3 <3 <3

sempena hari kelahiran kau nie .. aku tak ada hadiah yang paling berharga nak beri kat kau .. aku nie tak ada lah duet sangat nak beli kek besar-besar, hadiah mahal-mahal .. setakat ucapan boleh lah aku beri .. tapi InsyaAllah doa aku sentiasa mengiringi dirimu ... 

Doa untuk kejayaan kau didunia dan di akhirat nanti .. aku berdoa kau diberi umur yang panjang, supaya aku leh tengok kau kawen nanti oke .. diberi rahmat dan rezeki sama ada dari langit mahu pun dari bumi ..  semoga kau bahagia denga apa yang kau ada .. InsyaAllah aku akan sentiasa menemani kamu oke .. (^_^)

p/s : kalau nak kek jugak .. tunggu lepas raya nanti oke .. jangan lupa tuntut .. akan ada untuk mu ..sayangs kau ...



Terima kasih sudi membaca .....(^_^)



Thursday, June 2, 2011

Amalan diberkati-Nya

assalamualaikum ..............<3

sebagai hamba-Nya yang lemah, kita sentiasa berdoa agar segala amalan yang kita lakukan dengan penuh ikhlas diterima-Nya..

mari kita sama-sama renungkan pesanan Syeikh Salim bin 'Eid al-Hilali ini :

"Amal soleh harus disertai dengan niat yang baik..
niat yang baik akan mengubah kemungkaran menjadi kebaikan dan bidaah al-Sunnah.
rmai orang mengharapkan kebaikan tetapi tidak pernah menggapai...  
ikhlas kepada Allah merupakan salah satu syarat diterima-Nya perbuatan kecuali yang paling tulus dan benar.. yang paling tulus adalah amal yang dilakukan kerana (mengharapkan wajah) Allah dan yang paling benar adalah sesuai dengan al-Sunnah Rasulullah yang sahih"


p/s : renung-renungkan lah ... :)


Terima Kasih sudi membaca .............(^_^)



Sunday, April 17, 2011

risiko buah pinggang


Tahukan anda, penyakit buah pinggang boleh menyebabkan penyakit jantung? mungkin ramai yang meragui tapi itulah risiko yang akan dihadapi oleh pesakit  buah pinggang.

Penyakit buah pinggang atau ginjal sebenarnya berpotensi membuka ruang kepada penyakit jantung bertapak dalam badan dan menjadikan sistem kardiovaskular porak peranda.

Bukan hanya penyakit jantung, mereka turut berpeluang menghidapi serangan angin ahmar dan penyakit koronari yang juga tergolong dalam penyakit kardiovaskular.


Jika dikaji kembali, pesakit kedua-dua penyakit ini terdedah kepada risiko sama iaitu berdepan dengan penyakit diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol tinggi.  maka tidak hairan lah kalau ia berkaitan antara satu sama lain.

Selain itu, penyakit ginjal memberi kesan kesihatan negatif yang menjadikan kualiti hidup menurun dan meningkatkan kadar kematian.

Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL). Datuk DR Ghazali Ahmad berkata "lebih 500 juta orang dewasa atau satu bagi setiap 10 penduduk dunia menghidapi masalah ginjal kronik".  Di negara ini lebih 15,000 individu menerima rawatan dialisis akibat kegagalan ginjal dan setiap tahun kira-kira 2,500 kes baru penyait itu direkodkan.

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah, terutama saluran darah kecil dan menyebabkan ginjal tidak dapat menapis sisa buangan badan dengan sempurna.  Penyakit buah pinggang terbahagi kepada dua iaitu kronik dan akut (sementara).

Bagi penghidap penyakit ginjal jenis akut, mereka ada harapan pulih sepenuhnya. namun, penghidap kronik mungkin terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis sepanjang hayat melainkan mereka menjalani pembedahan pindahan buah pinggang.

Penyakit ginjal kronik mempunyai lima tahap, yang mana tahap satu hingga empat kerosakan mungkin tidak boleh dielakan tetapi boleh dilengahkan proses itu.  Tahap lima adalah peringkat akhir di mana kerosakan yang tidak boleh dielakkan dan perlu menjalani rawatan dialisis atau pindahan.

Penyakit ginjal perlu dikesan dan dirawat dari peringkat awal dan golongan berisiko perlu menjalani ujian saringan iaitu pemeriksaan air kencing dan tekanan darah kerana kegagalan fungsi ginjal tidak mempunyai tanda awal.

Tanda kerosakan ginjal terbahagi kepada tiga peringkat
Peringkat awal
- Tiada gejala.
- Albumin mikro (protein) dalam air kencing.

Peringkat pertengahan
- Tekanan darah semakin tinggi
- Air kencing berkurangan
- Kurang selera makan
- Pucat (anemia). letih dan tidak bermaya
- Bengkak sederhana pada kaki

Peringkat akhir
- Tiada air kencing
- Sesak nafas
- Bengkak seluruh badan
- Loya dan muntah
- Kejang atau sawan
- Tidak sedarkan diri

Pencegahan penyakit buah pinggang perlu dilakukan lebih awal iaitu dengan mengurangkan pengambilan lemak, garam dan gula dalam pemakanan seharian, amalkanlah pengambilan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

~Jaga pemakanan, Jaga kesihatan, hidup pasti ceria ~



Thursday, February 24, 2011

sesuai ke tak ?

masjid/surau dijadikan tempat untuk tidur/lepak, bagi kamu-kamu semua sesuai ke tak ??..
selalu kalau kita pergi surau/masjid mesti kita akan selalu tengok ada saja orang yang lepak/tidur kan, siap dengan macam-macam gaya lagi, terkangkang pon ada, berdengkur pun ada.. yang tidak boleh diterima akal lah kan, siap bawa bekal makanan pulak tu, ada keropok, kerepek, air minuman entah ape saja,then tinggal saje bekas-bekas tu dalam surau.. mujurlah tak bawa sekali nasi lemak nasi kerabu, kalau tak satu surau berbau..

pada hal mereka dah tahu surau/masjid itu tempat untuk beribadat bukan tempat untuk menganyam ketupat..dan yang aku lagi tak puas hati bila ada saja manusia nie pasang lagu kuat-kuat, macam kau seorang saja yang ada handphone ! agak bengang lah kan ada saja manusia yang tak reti nak hormat surau/masjid...tolonglah hormat sikit, kita orang islam, jangan kita dipandang serong oleh agama lain,.. kita islam janganlah hanya atas nama..

aku tak nak lah cakap lebih-lebih, nanti orang kata aku nie alim sesangat!  apa yang aku tulis nie luahan aku tentang apa yang aku nampak hari ini dan sebelumnya...apa yang aku nak kate, mungkin boleh rehat kat surau selepas solat, tapi jangan lah jadikan surau sebagai tempat untuk makan, besembang/mengumpat dan perkara-perkara yang boleh menggangu orang lain untuk solat..

p/s : apa pandangan kamu tentang ini?

Wednesday, February 2, 2011

kawan satu tilam tiga bantal tiga selimut ~

hari nie aku nak coret sikit pasal kawan2 aku kat kedah nie, dah macam befrenz forever love pulak..
 kawan memang senang nak cari, tapi teman yang sebenar sukar dicari ibarat mencari permata dalam kaca *cewah ! ayat copy n paste tu.. sebab tu lah aku ramai kawan, tapi tak ramai teman *bagi yg faham je lah.. 
pokok paku pakisnya aku ada rmai sesangat kawan, nak2 lagi dalam fb, tapi teman aku hanya ada DUA, dulu TIGA tapi sorang pergi tinggallah dua ..yang dua nie lah satu tilam tiga bantal tiga selimut ..kawan TERBAIK aku walaupun selalu gadoh macam anjing dan kucing  ! gadoh2 tuh lar mengeratkan lagi hubungan .. hubungan ?? jgn pikir lain okeyh ! ..mai mai ...aku nak kenalkan satu persatu ..nak buat calon menantu boleh, calon bini kedua ketiga keempat lelagi lah boleh ..


CALON YANG PERTAMA ..



seorang yg suke menjerit tak tentu pasal, suke bergayut 24jam tnpa henti *nak je aku tgk telinga dye tuh trbakar ..haha .. banyak cakap ! banyak songeh ! banyak BF ?? .. *tak tau lah aku banyak ke tak 
gilekan game, smpai game aku pun dia nak main .. gilekan cerita korea, tnye je artis korea, msti dye tak tahu nk jawab ape.. suke merempit dengan NYAMUK kehulu kehilir ..suke PINK *jgn percaya kalu dia ckp dia tak suke PINK, sbb dia bnyk koleksi wrna pink ..haha  suke shopping tapi tak suke membeli ..cukup lah kot, kalau nak bnyk2 tnye dia sendri okeyh ..

Nur izzah hanani mohd yusof 


kuala lumpur

aku kenal dia mula Sem 1 lagi, tapi tak rapat sbb tak satu class lgpun dia duduk bilik bwah ..
naik sem 2 baru lah rapat, sbb kami satu class, bila dah satu class mcm org sewel aje ..
naik sem 3 kami berpisah lg, tapi satu rumah ..selalu gak lah merempit dgn NYAMUK dia tuh
naik sem 4 aku dah tak jumpe dia, sebab ape ? sebab dia dah Quit ..
kisah aku dgn dia smpai stu je lah, tp kami tetap kawan .. fb lah talian hayat antara kami ..
LOVE U MISS U !



CALON YANG KEDUA ..

suke pukul orang tak tentu pasal *yg pasti suke pukul lengan aku, aku pun tak tahu knpe. kuat makan ! kuat tidur ! rajin jugak lah kot *kot je okeyh .. BF sorang je, tp scandal ramai kot .. haha .kalau masa mandi mmg aku tak brape nk suke, sbb ape ? sbb dya kalu dah mandi berJAM3 ! * pecah perut kluar asap aku tgu dia settle mandi .. banyak songeh ! suke manja2 *nak2 lg dgn aku .. satu bnda yg aku ingt smpai mati, kalau tgk movie seram msti last2 skali dia akan tnye criter tuh pasai ape .. cube lah korang bayangkan, korang tgh tgk wayang dgn dye then dgn tbe2 org lain duk menjerit, dye plak duk tnye korang citer tuh kenapa ..sabo je lah .. 

Nurul atiqah burati

negeri sembilan

yang nie pon aku kenal sejak sem 1,  
tapi macam beser tak rapat, dia dengan nani rapat, sebab tidur pun sekatil, kelas pun sama ..
naik sem dua, kami bertiga satu class, dya selalu naik tingkat atas kejutkan aku ..
kalau class pg, mesti menjerit2 pggil aku ..haha
naik sem 3, tak sama class .. dye lebih bijak dari aku kot ..takpe2 .. tetap satu rumah satu bilik
naik sem 4, kami pun tak satu class sbb ad mslh.. bukn gaduh, 
sebabkan NYAMUK dah xde, so aku merempit dengan dia lah plak ..kesana kesini .ikut aje lah 
MISS U LAR !

p/s : jgn marah jgn bengang dgn ape yg aku tulis taw, aku tau kau n kau pun syg aku ... hahaha
mengharapkan persahabatan ini kekal .. izzah , gaji pertama blanje aku okeyh .. tQah , nk kawen jmput aku taw








Friday, January 7, 2011

atQah oh atQah !

aku nak story cket sal minah ni hah ..haiisshh !
namenye nurul atiqah burati ..org nogori ..
panggil je minah ni MAK ...gerenti dye marah2 .. haha
aku pon tak tahu knpe bdak2 ostel aku dlu pnggil dye MAK ..
mgkin dye garang sgt kot ..haha tapi aku lbih garang ..lebih ckit je lah kot..
tp aku tak lah pnggil minah ni Mak ..sbb dye bukan mak aku pon ..
ckOp lah aku pnggil dye tQah ..ssuai ckit kn ..ermm orgnye ?? ..ntah lar comel ke tak ..
anda nilai sndiri je lah .. bg aku ??? .. RAHSIA .. hehe ..jOm kite rmai2 tgk dye ..

jeng3x
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


hah ! camner ? ad x kecomelan minah ni ?? .. 
jgn puji lebih2 taw, t tak pasai2 kembang plak kn ..
aku mmg mls trsgt2 nk puji dye ni, tkut tak pasai2 dye pluk aku mlm ni ..hehe ...skrng ni dye dah smakin kureng .. kes khilngan kwn baik dye .. mgkin trlalu rindu kot ..takpon dye rindu giler2 kat pakwe dye tuh...ermm kesian kn .. takpe lah .. tQah, t balik raye kau jmpe lah dye ek .. haha ..aku pon tak thu lar nk habaQ ape pasai dye ni .. ssh lah ..tapi yg pasti dye nih  kuat mkn.. kuat tdo .. tp badan tak gemuk2 pon.. hehe .. dlm diam ad mkn ubat kurus kot .. hahahaha ..





tQah , jgn mrh2 .... tak comel kalo kau mrh2 nih ..
hahahhahahahahhahahah ....
aku syg kau ! ..sbgai kwn je lah ..
tak boleh lebih2 ..t org pikir lain ..